Sunday, April 20, 2014

Wedding Review #1

Alhamdulillah, walaupun macam2 benda jadi before wedding tapi last2 semuanya berjalan lancar. Terima kasih yg tak terhingga kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hihi. 

Boleh kata 90% persiapan kawen buat sendiri sebab mase tu encik hubby keje and takde disisi utk diheret ke sane ke mari. And most of the things memang banyak google je sebab kalau nak terus pegi ke kedai, takde transport. Sobs. Memang pening kepala nak pilih nak ambik baju yg mane, nak ambik bridal mana tu semua so ekceli bagus jugak la bila tgk2 dari fb dulu kan. Mase awal2 dulu cari kat kampung je. Ingatkan senang lah sebab dekat, nanti boleh ambik pakej terus pelamin ape bagai kan. Keluar masuk bridal, yg banyak baju2 design lame yg kebaya sexayy kena pakai inner tu. Tak berminat la pulak. Lepas tu, masuk 1 bridal ni, baju nampak ok la jugak. Boleh la kata lawa, and harga pun mampu lagi la walaupun mahal sikit dari bridal2 yg lain (maybe sebab diorang tau design baju diorang yg latest kot?). Lepas tu, mintak la nak try baju2 tu. Akak tu kata, "Sorry dik, kalau confirm ambik baju/pakej dgn butik ni dulu and bayar deposit baru boleh fitting baju." Takpe lah macam tu kan, aku pun terus je la carik kedai2 lain pulak. Last2, takde satu pun yg aku berkenan dari bridal kat kampung aku. So, memang berharap bridal area KL je lah. 

Entah macam mane, terjumpa lah pulak Weddings Galore kat fb. Kalau tengok kat gambar2 dari previous customer, boleh tahan dah. So weekend tu jugak ajak akak housemate pegi tengook baju. Best gila datang situ. Dah la banyak gila baju lepas tu boleh je try terus tak payah nak deposit ape bagai. Hihi. So, akhirnya aku ambik baju dari bridal ni je. 2 pasang untuk majlis akad nikah and sanding belah perempuan. Ada la angan2 nak ambik pakej, tapi diorang tak provide service sampai ke Sungai Besar, so ambik baju pun jadi lah.

 


Baju melayu untuk Mr. Hubby and songket dress for myself, white+silver. Baju melayu yg hubby pakai pun fresh dari tailor Weddings Galore ni. Puas hati sangat sebab baju alter ikut betul2 size aku yg kecik dan nipis ini. Haha. 




Ekceli aku tak pernah pakai selendang gaya macam aku pakai mase kawen ni. Tapi mak andam aku power dia pakaikan nampak okay pulak. Takde la muka nampak bulat ke ape. Hihi. Belanja extra gambar utk baju yg cantik, mekap yg menawan ini.




Sekian sahaja sharing pasal baju pengantin. Next time kite cite lain pulak k. Thanks to all my beloved friendssss yg datang wedding aku hari tu. Love u guys mucho. Muacks :)

My Personal Review - Kdrama + Movies

Sepanjang cuti sem yg LAMA sangat kat rumah hari tu (lama lah sangat padahal seminggu je), memang takde keje lain la selain dari tengok movies+series. hikhik. Terima kasih banyak mereka2 yg share kat DC++ tu ye. Download la lagi, share la banyak2. miahaha. Habis je paper memang terus download bersungguh2 cerita2 untuk bekalan waktu cuti. Ok meh kita cite satu-satu.


No1 - Yes Or No

Sebab main klik je, x google dulu pasal synopsis cerita, secara tak sengaja TERdownload movie Thailand. Bukan nak racist ke apa, tak kisah kalau cerita Thailand ni sebab drama dorang pun pelakon boleh tahan handsome, cuma yg malangnya kat sini cerita yg aku download tu rupanya pasal cinta lesbian. Ohwai. Walaupun ada 1 or 2 je scene kissing tapi sangat sangat sangat sangat lah gross ok. >.< Awal-awal tu tunjuk yg perempuan tu(namanya Pie) sangat tak suka dgn tomboy, lepas tu pindah bilik baru dapat roommate yg style mcm tomboy(namanya Kim). Pakai jeans n kemeja/tshirt sepanjang masa. dgn gaya rambut pon ala-ala style kpop lg. Mmg nampak mcm tomboy, tp dye kata dye bukan tomboy. Masak pandai, mengemas pandai so memang aku ASSUME dye bukan tomboy la. Dah makin lama makin rapat pulak, lepas tu dah pandai nak jealous2, aku dah rasa lain je. HAHA. Lepas tu last2 dorang bersatu walaupun family yg perempuan tu halang mula2. Apa punya cerita lah.
   

No 2 - The Smurfs
Next, cerita The Smurfs. Sebab utama tengok cite ni, sebab ada Barney Stinson!!! kihkihkih. Tapi sebab tengok video HD, dye nampak tua pulak. Jelas sangat kerutan dahi pe semua. Dalam HIMYM jugak yang buat dye nampak awesome. Ok berbalik kepada cerita ni, ok la dorang memang cute. Lepas tu semua ayat kalau boleh nak di'smurf'kan. Tapi ok jugak lah kan guna smurf daripada mencarut. hehe. Tapi bila tengok cerita ni, rasa macam bosan pulak jalan ceritanya. Takde apa yg menarik sangat so cerita ni memang skip2 je tengok. 

No 3 - Thor
Time semua sibuk2 pasal Avengers, aku baru terhegeh-hegeh nak tengok cerita Thor. Nasib baik ada orang share kan. hee. Ada orang suggest tengok Thor ni sebab main actor dye handsome. Bila tengok, hihi, memang handsome pun. Cairrrr tengok anak mata yang biru2 hijau gitu. Tapi cerita ni awesome bukan bergantung paras rupa yg kacak serta badan yg berketak-ketak si Chris Hemsworth bukan sebab tu je ye, tapi sebab jalan cerita n sentuhan director la. Ecewah tiba2 puji director kan. Tapi memang berbaloi untuk ditonton lah cerita ni. Tak payah nak selit scene tanggal-tanggal baju pon boleh buat cerita jadi hit. Macam ni baru betul, ye dakk.. Masa mula-mula tengok, rasa Thor ni belagak nak mampus je. Geram betul dengan perangai yg berlagak+degil tu. Dah turun ke bumi berubah dah sebab dye rasa bersalah kat bapak dye. Jadi baik, kacak, handsome dan kuat! Rasa macam pendek sangat pulak cerita ni sebab tiba2 dah habis pulak kan. Tak ada rasa nak skip pun scene-scene dalam cerita ni. Memang THORbaikkkk!!!


Sambung dengan drama korea pulak. Sebab 1 drama ada banyak episod, so try download 1st episode. Kalau OK, baru download complete 1 cerita. Cerita ni memang banyak lah yg merepek sebab tajuk pun dah merepek kan. Ada kaitan la dengan mitos untuk orang Korea agaknya. Tapi bila sebut nine-tailed fox ni memang aku terbayang Naruto je mula2 tu. ekeke. Cerita ni sangat comel n klaka. Lagu tema pun comel je. Dari awal perempuan tu suka kat laki tu, nampak mcm despo je. Tapi sebab dye comel, lama2 rasa kesian pulak bila cinta yg x berbalas tu kan. Nasib baik laki tu suka dye balik. Mestilah kan, kalau tak x boleh lah jadi hero n heroin cite kalau x bercinta. LOL. Cuma dah nak dekat ending cerita, dah boleh agak dah endingnya macam mana. Padahal masa pertengahan cerita tu sangat tension dgn yg pegang watak jahat pe sume tu. Siapa la yg reka watak macam tu. >.< Tapi kan, kalau la betul memang ada benda2 gini yg separuh manusia separuh tak, n boleh hidup beratus2 tahun, memang seram jugak la. haha. 


***lama post ni terperap kat draft. Heheh

Monday, March 19, 2012

.selamat pengantin baru akak.

romantic eh? ;)
4hb Mac hari tu akak Marul, Kak Shikin melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya, Abang Amin. Well, at first memang aku pun nervous jugak sebab aku akan jumpa family Marul + saudara-mara dye yg terdekat masa kenduri tu nanti. Alhamdulillah, diorang semua layan aku baik gila. *sujud syukur*

tepek bedak bebanyak nak jumpa future in laws. haha

Kami sampai Kamunting dalam pukul 7, Kak Shikin yang ambik. Bila keluar dari kereta, alahai keciknya dye. Padahal sebelum tu dah tanya kat Marul dah, tapi bila tengok dengan mata sendiri, still nak terkejut jugak. Haha. Dari Jumaat malam tu, sampai lah ke hari Ahad(majlis) aku memang busy gila sebab kena ikut Kak Shikin siapkan semua persiapan, teman mekap lah, cari bunga telur, dll. Masa teman dye pergi mekap untuk malam nikah tu, dye cakap suh panggil 'Akak' je sebab biasa orang memang panggil camtu(aku je duk terpanggil kejap 'Akak' kejap 'Kak Shikin' sebab Marul bila sembang ngan aku, dye bahasakan akak dye 'Kak Shikin'). Hihi

comel je pengantin :)
nah tengok dekat sikit
Cantik kan baju Kak Shikin ni? Penuh manik+bunga gitu. Dengar kata seminggu nak siapkan jahit manik+bunga kat baju pengantin ni. Kalau ade sesiapa yang berkenan dengan wedding dress/mekap/pelamin masa wedding Kak Shikin ni, korang boleh la jenguk Casa Pengantin kat FB ya. Nama owner, Kak Ayang n dye sangat baik dan peramah tau. Bila nak mekap dye cucuk brush mekap tu kat rambut, comel je. Hihi.

jejaka idaman? hihik
we're next? doakan ye.. ;)
Oh, merujuk caption gambar aku & si dia, memang kami yang last pun. haha. Masing2 bongsu, tunggu turn lah ni. Ecewah. *gedik tibe2*  Okok. Enuf. Untuk entry kali ni, aku nak promote business kecil-kecilan aku ni. Cuba tengok balik gambar aku kat atas tu. Aku pakai inner bawal sebab muka aku memang tak sesuai nak pakai inner melekap kat dahi tu. Aku suka yang muncung2 gitu. Hihi. 

Inner bawal ni best sebab part yang nak iron tu sikit je, n tak payah nak sembur2 starch bagai. Memang ohsem lah. Jimat masa nak bersiap pergi detim. Ehhhhh? Haha. Ok kalau ada yang berminat nak beli, boleh tengok ada macam2 pilihan warna lagi kat sini. Baru upload ke fb, kat blog Anisa's Corner tak update lagi. Silalah jenguk2 ye. Ada jual tudung bawal 1 tone, 2 tone, 3 tone(gambar tak upload lagi) n inner bawal. 

Tuesday, February 7, 2012

.the end.


not really sure how true it is, but I remembered last time when I have already move on, I'm happy with the new chapter of my life then this one jerk sent me a message saying sorry. It's too late ady. Sometimes you just gotta say fuck it, and move on. 
http://www.emocutez.com
*evil laugh*

.aquarius.

Found this from twitter;


Put two  together and you get never ending conversations.

No wonder... http://www.emocutez.com





Saturday, January 28, 2012

.you.

Dear you,

When we first met, I had no idea you'd become this important to me.

Sincerely,
me.

http://www.emocutez.com

Thursday, January 26, 2012

.mimpi.

orang kata, setiap kali kita tidur sebenarnya kita akan bermimpi. yang membezakan bila kita terjaga tu, otak kita tak dapat nak recall mimpi tu sebab tu kita rasa kita tak bermimpi. ha ini orang yg kata lah. sahih ke tidak aku pun tak tau. aku malas gugel. hahah. teringat pulak cerita Inception. yg mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi. bertingkat2 punya mimpi dah. awesome gila cerita tu sampai skarang kagum lagi oh. hee. 

kadang tu, bila termimpi something yg seronok ataupun yg scaryyyy sgt mesti kalau terjaga tu nak cepat2 bagitau someone sebelum terlupa. hahah. taktau lah org lain macam tu ke tak. tapi kadang tu dah semangat2 nak cerita, tertidur balik plak. lepas tu nanti marah kat diri sendiri. geramssss! huh.

ekceli aku sebut pasal mimpi ni sebab ari tu aku ada mimpi something yg best. hahah. aku mimpi kawan baik aku masa aku kecik dulu. dah la dah lama x contact, jumpa pun tak. tiba2 aku mimpi dye dah besar. lol. mimpi dah dewasa plak. tapi aku panggil dye nama sama. muka pun sama. macam pelik jugak kan.

before dah terpisah jauh, kitorang macam ada salah faham sikit. aku ada marah dye pastu dye kecik ati. then aku sambung blaja jauh2 kan. masuk asrama la pe sume pastu mmg dah lost contact gitu je. so kat dalam mimpi tu ala2 macam jejak kasih gitu. nampak muka dye pun, kenal mmg kenal tapi still dye mcm merajuk kat aku.ngan org lain dye tegur tapi ngan aku dye macam senyap je. dah lama sikit baru okay. then dye bawak jenjalan ah naik kete dye tu. pastu aku lapar. ha nampak tak obses gila aku dgn makanan kan. sampai kat dalam mimpi pun aku boleh rasa lapar. haaaa... so pastu dye nak belanja aku burger. hihik. bagus betul dah lama2 merajuk belanja aku makan pulak. so pergi kedai burger. tengah tggu tu, terbangun pulak. mmg potong stim betul. tergantung gitu je mimpi aku. sigh.

ekceli aku rasa happy ngan mimpi tu walaupun x lah segembira mana pun kan, tapi dalam mimpi tu aku dah baik balik ngan kawan aku tu.so itu lah part yg menggembirakan aku. bila bangun je semyum2 teringat kat dye. ape jadi tah dye skang. tah2 nak kawen dah. mak aku pun duk cite kawan aku dah keje la, dah kawen la, dah bertunang la. anak mak ni lambat lagiiii nak habis blaja! hahah. 

~dear awk, ittew mintak maap ittew wat salah kat awk. ittew cakap ape tah ittew mara2 awk campai awk da tanak kawan ittew lg ek. huhu. sedeyy. harap jumpa awk lg nt bila2 n awk lupekan sume2 yg tak best tu n maapkan kite ek. heee. tah cane tah rupa awk skang. mesti dah makin comel ek. dulu2 pun ramai org suke awk. awwwhhhh rndunya masa dlu!~

huh. nak sambung tido nak mimpi best2 pastu tanak bangun selagi takde happy ending! LOL. ;)