Saturday, July 23, 2011

.doktor cinta.

yes! wiken ni aku balik umahhh. hee. sangat happy. tapi macam biasa, bila wiken memang mata bukak paling awal pun pukul 10. hihik. penat lah sangat keje, kononnya. padahal semalam tak cukup tido, sebab tu bangun lambat arini. kui2.

malam jumaat hari tu aku gatal sangat pegi bukak novel 'Doktor Cinta' ni. yelah, dah sebulan lebih beli tapi baca tak habis2. baru baca 63 page, punyelah lambat mengalahkan siput! tiba2 semangat pulak nak baca kan, sekali terus layan sampai ke pagi. pukul 5 baru lah susun bantal nak tidur. nasib baik tak lambat pegi ofis taw. kalau tak, naya je. 



hobi baca novel ni dah dapat masa kat asrama dulu2. memang galak duk beli novel habis berpuluh-puluh ringgit. lepas tu siap bertukar-tukar baca dengan member lagi. memang layannnnn sampai ke pagi punye lah kalau dah tersangkut novel kat tangan. aku beli novel ni kat kedai Novel Hut, Ipoh Parade. untuk pengetahuan semua, kedai ni jual buku2 yg 2nd hand tau. dari komik, majalah, buku pelajaran, semua ada kat sini. so sangat seronok lah boleh beli dengan harga murah kan. condition pun boleh tahan. xde lah barai2 terkeluar2 helaian buku tu. mcm novel yg aku beli ni, dapat rm17 je. kalau tak harga sebenar rm26. save lah sikit kan. hee.

ok, nak cerita sikit pasal novel ni. jalan cerita best dah. gaya penulisan pun best. mmg berbaloi lah beli kan. cuma ada lah sikit2 part yang main terus masuk je. sepatutnya ada pemisah dari 1 part ke part yg lain. contohnya, dari monolog dalaman untuk si A kena lah dipisahkan dengan si B kan. kalau tak boleh kelirukan pembaca. -eh ni siapa punya dialog ni- lepas tu, dari 1 adegan nak pergi ke adegan lain pun ada yang main terus masuk je. kalau novel2 alaf 21 biasanya ada tanda macam ni ************** sebelum masuk ke part lain tu. selalu aku beli yang novel2 alaf 21 je. maybe dah terbiasa kot. tapi aku rasa kalau buat mcam tu lagi senang nak baca. ye tak? hehe.

best oh novel ni. kalau tak, takdenye aku sanggup baca sampai pukul 5 pagi kan. hihik. cuma awal2 tu banyak sangat lawak bodohnya. bagi jawapan yang merepek2 je buat bergaduh. LOL. tapi overall, best lah. part yg lawak2 boleh bagi pembaca sengih sorang2 masa baca, ade part yg rasa sweeeeetttt menyentuh jiwa, ade part yg gambarkan manjanya hubungan anak ngan mak bapak, ade part sedih yg menikam2 jiwa danbanyak lagi lah. ade part yg si heroin, Mazliana ni tak dapat nak terima kenyataan parents dye dah takde, aku jugak yang meleleh2 air mata. teringat mak ngan abah kat kampung =(

http://www.emocutez.com


kalau baca novel, mesti kena sepenuh hati. kalau kata mamat hero handsome, boleh bayang lelaki handsome bak putera raja. kalau heroin berdebar bila nampak si hero, boleh bergetar jugak rasa jiwa yang khusyuk membaca ni. bila part sedih,boleh rasa pedih peritnya macam aku sendiri yang kena. rasa pedih je kat pangkal hati ni macam ditusuk sembilu. ecewah! haha. kalau part yg sweet2 tu, memang aku pun ikot rasa nak melonjak-lonjak gembira taw. boleh feel lah perasaan yang berbunga-bunga tu. haih. memang terkesan sangat!

Monday, June 13, 2011

.kemon fighting.

arini je dah masuk second week aku intern kat KL ni. dulu cadangnye ari-ari nak masak. so nanti boleh jimat. duit simpan banyak2. dapat beli macam2. wohoo. shopping sakan! tapi. huhu. penat weyh. sumpah penat gila. rasa nak tercabut satu badan ni ha. lagi pulak bila hari2 balik malam. lagi lah seksa kemain. haih. tapi nak buat macam mana. hidup kena diteruskan kan. ni baru sekejap. maybe belum biasa lagi dengan rutin macam ni. kalau kat utp tu, kelas pon ade byk break. tp kadang tu baru 4 jam straight dah komplen mengomel macam2. ni tyme keje, ha, ambik kau dapat break pon sejam jek. pastu selagi keje tak siap jangan harap lah nak melangkah keluar dari ofis.

kalau tyme belajar, dapat projek pun 2-3 ari sebelum anta baru kelam kabut nak buat. xpon esok kena anta arini baru start. tyme intern ni, ari2 sv dah ready je nak tgk apa progress. haha. memang takleh ngelat ah kiranya. tapi, ikot company jugak la. ada gak member2 aku yg goyang kaki je. ade yg dapat keje lagi teruk. 

harap semua tabah dan kuat semangat lah hadapi semua dugaan dan cabaran yg dihadapi masa tengah intern ni. belaja lah sebanyak mungkin. kalau goyang kaki je pun payah jugak kan sebab tak dapat lah nak asah skill memasing.

tapiiiiii, bila badan penat dah rasa emo je. huhu. rindu2 pulak tu. korang jangan la ignore aku, nanges kang!
http://www.emocutez.com
sobs

.emofag.


korang macam ni ke? wakaka. 

Saturday, May 14, 2011

.see you soon.

hell yeah the exam is already over! i was so excited when i think about internship that i will be having this june onwards. no worries about tests, assignments, projects, going to classes and all the routines that i have been doing the past 3 years i was here. i feel like i'm going to jump around and shout out how happy i am for being freed from student's life. everything seems so much fun inside my head and i really can't wait for it to happen!!
http://www.emocutez.com

however, by the time i step out from the exam hall, everyone is saying goodbye to each other. i was like, omai omai. the tears are going to come out soon! oh please.... seeing all my friends faces just make me so sad. we're not going to see each others for monthsssss. im gonna miss you guys a lot! seriously. hope you guys take care and wish you all the best for your intern! hope that we could get A for our internship, o yeahhhhhh~ so, i dont wnat to hear any goodbye! please say, see you sooonnnnnnnn!! hehe.

http://www.emocutez.com


hish, entah ape2 lah kan. baru nak pergi intern! haha. belum nak grad lagi. pape lahhh! jumpe korang tahun depan nanti. sayang korang semua. 


**n kamu juge. :) dah lame x duk jauh2 kan. hahak. please take care n jangan nakal2!

.draws you.

esok last paper!! horrayyyyy. muhaha. sgt happy n eksaited sampai malam ni tak dapat nak lelapkan mata. wakaka. dah la tinggal sorang dalam bilik sebab rumet dah lama balik so risau esok x bangun pagi tu yg lagi takleh nak tido. so, study lah ape yang patut. hehe. mcm rajin sangat je kan. xpon. benda yg diajar satu sem baru belajar betul2 tyme dah nak dekat exam. sebelum ni macam tak paham2 je. dah nak exam ni baru ade urge untuk faham betul2 kut? ntah la. so, bosan2 ni aku layan lah lagu korea. member aku bagi. tajuk lagu ni, 'Draws You' n ak sukeeeee sangat sebab Kang Min Kyung dalam ni sangat cute ok. dimples dye yg buat aku geram sebab dye nampak sangat comel. eeee. rase macam nak ade dimple jugak lah! wakaka.

http://www.emocutez.com

n then suara Min Kyung ni mmg lembut je dalam lagu ni. hihik. suke suke! ok jum jum dengar lagu ni. sape yg ade idm buleh download terus! aku suke lagu n aku harap orang len yg dengar pun suke jugak! 


**oh ye, doakan untuk exam aku esok eh. last paper yaw! muhaha. cuti nanti nak tidur kroh kroh kroh puas2 :D

http://www.emocutez.com (impian masa cuti nt)

Sunday, May 8, 2011

.student n karok.

http://www.emocutez.com
hai gais. pe plen? 

aku x sure student tempat lain lepas tension mcm mane tapi kat utp stended kalau tensen2 stress study+keje banyak+projek+event+esaimen+test+exam biasenye dorang pegi karok-e. hehe, in short panggil karok jek. tapi aku baru pegi beberapa kali je. al-maklumlah, sedar diri suara sumbang. haha. kalau pegi pon malu-malu segan nak nyanyi. +_+ hihi. prefer denga orang nyanyi. teringat dulu tyme kat asrama pon mase basuh baju, kalau ada member yg pandai nyanyi, minx dye jadi radio je. nyanyikan lagu. muhaha!

teringat dulu2. masa muda zaman foundy, first year, duit pun x banyak. kereta pun takde. so kalau dah sangap sangat nak menyanyi, duduk kat poket C, bukak video clip kat fon n then nyanyi sama2 dengan dye. karok paling murah! hihik. biasa lah jadi student kan. duit pon memang cukup2 nak cover makan minum tiap bulan. belum lagi nak cover utk beli barang keinginan. kalau duk boros guna untuk berhibur je, nanti hujung bulan makan pasir le jawabnye. lepas tu lagi suka bila rumet takde. waktu paling bagus untuk kunci pintu, pakai headfon, bukak volume yg sesuai (bagi tak denga bunyi selain dari lagu yg tengah pasang) n then menyanyi melalak2 lah sendirian sepuas-puasnya. lagi bagus. lagi jimat. tak perlu pergi jauh2. tak perlu transport. muhaha. 

suggestion lagu mantop untuk karok! mostly mmg rock kapak lah jadi pilihan. hihik. lagu ni sume syok2. biase denga mase kecik2 dulu n jadi fevret sampai lah skang ni. ^____^


takpunnnn....layan ni pulak.


siyes macho gile layan karok lagu2 begini. muhaha. ekceli, aku tak tido lagi ni sebab siang semalam dah tertido. +_+ kalau kat sini bila tido siang je mesti takpat tido malam. tapi kat umah, siang tido, malam pon tido awal. muhaha. sebab tu kat umah lg senang gumuk kot. makan tido je tau. agaga.

http://www.emocutez.com
toink toink baaaaaa chak!

**dem rumet terjage terus pas aku nyanyi. dasat sangat ke suare sampai jadi nightmare. hahah. 

.kipas-susah-mati.

dalam banyak2 jenis kipas, kipas-susah-mati(die-hard-fan) la yang boleh pecah belahkan kita. esp kipas-susah-mati utk bola. ish aku sangat tak paham la. kalau kita suka or minat sangat sangat sangatttt kat kelab bola X ni, tak payah la nak hina caci maki kutuk kelab bola Y. sangat tak sihat la amalan korang ni. pastu nanti nak sakit2 hati masing2. boo sana boo sini. rilek rilek sudah. kalau menang, bagus la. tahniah la. kalau kalah, cuba lagi la. kan senang macam tu. jangan kacau orang lain. sakitkan hati orang lain. aku yang x berapa nak minat ni pun sakit mata tengok perangai korang ni. so mana2 fan yg boleh kawal diri dari buat benda yang aku dah sebut tadi, memang aku respek kat korang. o>

aku tak sokong sangat mana2. biasa aku sokong yang menang je. so, takde la aku nak butthurt sangat after game habis. muahaha. 

**bukan korang yang main pun. korang sokong je. ape yg nak over sangat. meh


Friday, May 6, 2011

.study week vs secret garden.

o yeah. disebabkan UTP dah implement sistem baru, sem ni memang sekejappppp sangat. rasenye baru je start ari tu. ni dah start study week n first paper aku start ari ahad ni. yes, ahad! means esok laaa! n again, sem ni pun aku habis lagi lambat dari rumet. grrrr! sangat x aci kan. haih.

ok, dalam sepanjang sem, time nak dekat final ni lah yang paling free sebab takde kelas kan. so tak kesah tido pukul 4 5 pagi, or even after subuh n bangun bila dah terik matahari yakni pukul 12 or later than that. muahaha. buruk perangai no. dah kata time paling free kan, so memang selalu sangat lah diri ni menyimpang. mase ni jugak la nak update blog. tau exam dah dekat. tapi mase ni jugak la paling syok kalau layan drama korea. memang buruk perangai yang satu ni. haha. sem lepas sangkut tengok certia Personal Taste kat youtube. sanggup tu download piece by piece n x tido malam. sem ni pulak tersangkut tengok cerita Secret Garden hadiah dari rumet. sehari suntuk habis untuk cite ni. memang buang masa kan.

credit to google

tapi...tapi... cerita ni sangat sangat sangattttt bestttt!! ^_____^ suka sangat. even aku tengok pun banyak skip sebab biasa aku memang nak cepat habis so aku fokus kat hero n heroin je. muhaha. sebab tu bole habis 16 episod 1 ari. sanggup tu x tido malam. tapi lepas tu pengsan 3 jam stret. tapi aku dah janji dengan diri sendiri nanti masa intern aku nak revise episode by episode! hahaha. so, nasihat aku kepada sesiapa yang belum tengok cerita ni, tolong jangan tengok cerita ni sebab nanti korang tak boleh nak buat kerja lain. haha. mmg addictive!

aku admit memang ade part yang tak masuk dek akal bila boleh tukar2 soul pulak antara hero n heroin. tapi, ala, name pun drama kan. at least takde la sedongeng bawang merah bawang putih versi indon yg siap ada pari2 bagai. T.T selain part merepek tertuka soul beberapa kali, yg lain memang ohsemmmm sangat. aku memang jatuh hati dengan character Kim Joo Won yg dilakonkan oleh Hyun Bin. sangat sangat sweeeeeetttt n cool. kena pulak time dye tengah angau, memang comel sangat2 taw. lagi2 ada scene swit2 romantik yg boleh buat korang tutup2 muka malu nak tengok or gigit2 bantal sebab geram. muahaha. sangat suka taw. yg watak perempuan pulak, Gil Ra Im, nampak je cm tomboi2 tapi bila part cinta ni dye sangat comel ok. hihi. kalau tengok dye mcm malu2 tu boleh buat korang geram jekk. hihi. suke lah!

ok jum jum tgk trailer cerita ni. 


**hyun bin oppa, saranghamnida ^^

.maddi jane.

maybe aku slowpoke nak post benda ni tapi aku memang tak berapa ambik tahu sangat pasal dunia muzik n tak ambik kisah sangat. semalam dah bosan2 study ingat nak download lagu baru kat 4shared. tapi sebab internet utp ni sangat sak so setelah failed beberapa kali, aku nekad bukak youtube je. download pakai idm lagi senang. tak kuasa nak tunggu buffer 2 taun setengah x siap2. 

sebab aku dengar radio pun jarang2, so aku memang payah la nak tau lagu latest apa, n tajuknya apa. tapi ada satu lagu ni aku selalu dengar bila aku masuk kereta. aku ingat part korus je la sebab dye cakap ;money money money. bila google, n yakin je download terus, tengok2 salah lagu. >_< lagu tahun dulu2 punye. ada 2video aku salah download. saba je la. 

struggle jugak cari sampai dapat so aku jumpe la lagu 'Price Tag'. bangga sebab dapat jugak akhirnya. lepas tu tangan gatal pulak nak tengok yg cover by budak name 'Maddi Jane' ni. lepas dah download, fuhlamakkkkkkk. terkagum pulak tengok. budak lagi tuh. comel pulak tuh. suara memang ohsemmmm sangat! dan dan search kat twitter n follow dye. hikhik. memang terbaik lah si comel ni. nanti besa mesti bole buat banyak album ni. cerah masa depan. hehe.

okeh meh la tengok sket cover yg dye buat. silakan. lagu 'Jar of Heart' nyanyian asal; Christina Perri

Monday, April 18, 2011

Intern Intern Intern

Intern intern intern. Seriously benda ni dah menghantui hidup aku. Selagi tak secure placement kat mane selagi tu jugak lah kepala otak ni nak fikir pasal intern. Kadang tu baru dapat panggilan interview tapi dah excited sangat carik rumah sewa sekali. Check harga pe sume. Check route nak pergi balik kerje cmane. Bukan kira nak test ke, kelas ke, assignment belambak ke, apa keadaan sekali pun isu intern ni tetap bermain dalam kotak fikiran. Serius mengganggu lah. Maybe sebab teruja sangat, maybe sebab risau sangat, entah lah. Macam2 perasaan duk bercampur.

Dulu ingatkan nak carik placement senang. Pilih je company ape nak pegi n then apply. But then, dah sedar dah benda tu tak semudah yang disangka. Sebab company tu sendiri pun nak pilih the best candidate kan. So, kena lah pergi interview so that dorang boleh evaluate kita on how we are going to present ourselves.
Nak kongsi sikit lah pengalaman+ilmu yang dah dapat walaupun Cuma dapat pergi interview. Masa tengah interview pun boleh belajar tau. So, kira bagus jugak lah company2 ni buat interview. Dorang boleh pilih calon yang dorang nak, n sebagai calon pun kita boleh belajar dari sesi2 interview tu.

Ok, benda paling penting sekali sebelum kita apply any position dari company, kita kena anda resume dulu. Ha, ni memang penting sangat sebab kat situ lah company tu akan check sedikit sebanyak information pasal diri kita. Masukkan pencapaian cemerlang + membanggakan diri korang. Kalau rasa benda tu patut company tu tahu, bold lah bagi untuk stressed out kan benda tu. Contohnya korang pernah dapat tokoh pelajar cemerlang ke, menang anugerah khas ke. Lagi satu yang sangat penting diambil kira masa korang nak buat resume, korang kena berhati-hati dengan setiap perkataan yang korang guna.Tips dari interviewer dari Bursa Malaysia, ‘Be humble with your words, even though you are selling yourself in your resume but do not exaggerate your skills. Imagine that you’re saying that you are excellent in a particular skill but then you cannot do the job given to you. It will affect people’s impression about you right. But if you’re humble with your words n when given a certain task, you can do it beyond your sv’s expectation. It shows that you’re good and people will respect you with your abilities.’ Kesimpulannya, berhati-hati lah dengan setiap pemilihan perkataan untuk diletakkan di dalam resume dan jangan menipu pulak ye. Hehe.

Lepas resume dah siap, korang boleh mula cari company yang offer tempat intern. Bukan semua company nak ambik student intern. Dorang pun kena ambik risiko jugak bila terima student. Hari tu masa interview dengan Mr Tan (IT Manager at Bizaid Technologies) dye cakap macam ni, ‘Our company also taking risks for taking students into our organization because we all know that students are still lacking with skills and experience in handling projects and the projects involved is worth million ringgit. So if there is any mistake done by the students while handling the project, it may cause our company loses million ringgit’s worth project. Therefore, we would like to choose the best candidate to join our company for the intern position.’ Nampak kan serius tak seriusnya kalau kita buat silap? Tak mampu nak tanggung kerugian company kalau kita yang sebabkan kerugian tu terjadi. (wow, skema ayat den ha). Lagi satu, masa anta resume tu seeloknya bagi la ayat pendahuluan. Jangan lah terus anta resume seketul sebab nampak kurang professional plak macam tu. Lagi pulak kalau company tu besar. Sebab pernah ada kawan kena tegur sebab anta resume seketul. Orang tu email balik tegur cakap tak professional.

Bila dah hantar resume korang kat company yang berkenaan, buat lah research pasal company tu. Sebagai persediaan je lah kan kalau-kalau korang dipanggil untuk interview. Bila korang ambik tau pasal company tu, nampak lah kesungguhan korang nak kerja kat situ. Baru nampak betul-betul berminat. Tapi kalau tak tahu tu, jangan mengaku atau berpura-pura yg korang tahu. Naya je kalau salah jawab nanti. Seeloknya, jujur lah setiap masa. Kan bagus macam tu. Oh ye, penting jugak korang buat senarai company yang dah apply. Nanti boleh follow up dengan company tu, tanya decision dorang sama ada dorang nak ambik kita or tak. 

Tapi biasanya kalau company tu diam membisu seribu bahasa, maknanya dorang tak nak! Haha. Bukan diam tanda setuju dah sekarang. Jangan salah sangka pulak ye. Nanti dapat offer pun tidak, selambe je pegi datang company sebab fikir dorang dah accept kita. Memang lurus bendul tu namanye. Haha.

Thursday, January 27, 2011

Why do magicians have beautiful girl assistants? 

– because they are reliable distracters of attention. People will look at a beautiful girl for a long time before they look where they should be looking if they wanna see how the tricks really work.