Monday, April 18, 2011

Intern Intern Intern

Intern intern intern. Seriously benda ni dah menghantui hidup aku. Selagi tak secure placement kat mane selagi tu jugak lah kepala otak ni nak fikir pasal intern. Kadang tu baru dapat panggilan interview tapi dah excited sangat carik rumah sewa sekali. Check harga pe sume. Check route nak pergi balik kerje cmane. Bukan kira nak test ke, kelas ke, assignment belambak ke, apa keadaan sekali pun isu intern ni tetap bermain dalam kotak fikiran. Serius mengganggu lah. Maybe sebab teruja sangat, maybe sebab risau sangat, entah lah. Macam2 perasaan duk bercampur.

Dulu ingatkan nak carik placement senang. Pilih je company ape nak pegi n then apply. But then, dah sedar dah benda tu tak semudah yang disangka. Sebab company tu sendiri pun nak pilih the best candidate kan. So, kena lah pergi interview so that dorang boleh evaluate kita on how we are going to present ourselves.
Nak kongsi sikit lah pengalaman+ilmu yang dah dapat walaupun Cuma dapat pergi interview. Masa tengah interview pun boleh belajar tau. So, kira bagus jugak lah company2 ni buat interview. Dorang boleh pilih calon yang dorang nak, n sebagai calon pun kita boleh belajar dari sesi2 interview tu.

Ok, benda paling penting sekali sebelum kita apply any position dari company, kita kena anda resume dulu. Ha, ni memang penting sangat sebab kat situ lah company tu akan check sedikit sebanyak information pasal diri kita. Masukkan pencapaian cemerlang + membanggakan diri korang. Kalau rasa benda tu patut company tu tahu, bold lah bagi untuk stressed out kan benda tu. Contohnya korang pernah dapat tokoh pelajar cemerlang ke, menang anugerah khas ke. Lagi satu yang sangat penting diambil kira masa korang nak buat resume, korang kena berhati-hati dengan setiap perkataan yang korang guna.Tips dari interviewer dari Bursa Malaysia, ‘Be humble with your words, even though you are selling yourself in your resume but do not exaggerate your skills. Imagine that you’re saying that you are excellent in a particular skill but then you cannot do the job given to you. It will affect people’s impression about you right. But if you’re humble with your words n when given a certain task, you can do it beyond your sv’s expectation. It shows that you’re good and people will respect you with your abilities.’ Kesimpulannya, berhati-hati lah dengan setiap pemilihan perkataan untuk diletakkan di dalam resume dan jangan menipu pulak ye. Hehe.

Lepas resume dah siap, korang boleh mula cari company yang offer tempat intern. Bukan semua company nak ambik student intern. Dorang pun kena ambik risiko jugak bila terima student. Hari tu masa interview dengan Mr Tan (IT Manager at Bizaid Technologies) dye cakap macam ni, ‘Our company also taking risks for taking students into our organization because we all know that students are still lacking with skills and experience in handling projects and the projects involved is worth million ringgit. So if there is any mistake done by the students while handling the project, it may cause our company loses million ringgit’s worth project. Therefore, we would like to choose the best candidate to join our company for the intern position.’ Nampak kan serius tak seriusnya kalau kita buat silap? Tak mampu nak tanggung kerugian company kalau kita yang sebabkan kerugian tu terjadi. (wow, skema ayat den ha). Lagi satu, masa anta resume tu seeloknya bagi la ayat pendahuluan. Jangan lah terus anta resume seketul sebab nampak kurang professional plak macam tu. Lagi pulak kalau company tu besar. Sebab pernah ada kawan kena tegur sebab anta resume seketul. Orang tu email balik tegur cakap tak professional.

Bila dah hantar resume korang kat company yang berkenaan, buat lah research pasal company tu. Sebagai persediaan je lah kan kalau-kalau korang dipanggil untuk interview. Bila korang ambik tau pasal company tu, nampak lah kesungguhan korang nak kerja kat situ. Baru nampak betul-betul berminat. Tapi kalau tak tahu tu, jangan mengaku atau berpura-pura yg korang tahu. Naya je kalau salah jawab nanti. Seeloknya, jujur lah setiap masa. Kan bagus macam tu. Oh ye, penting jugak korang buat senarai company yang dah apply. Nanti boleh follow up dengan company tu, tanya decision dorang sama ada dorang nak ambik kita or tak. 

Tapi biasanya kalau company tu diam membisu seribu bahasa, maknanya dorang tak nak! Haha. Bukan diam tanda setuju dah sekarang. Jangan salah sangka pulak ye. Nanti dapat offer pun tidak, selambe je pegi datang company sebab fikir dorang dah accept kita. Memang lurus bendul tu namanye. Haha.