Saturday, July 23, 2011

.doktor cinta.

yes! wiken ni aku balik umahhh. hee. sangat happy. tapi macam biasa, bila wiken memang mata bukak paling awal pun pukul 10. hihik. penat lah sangat keje, kononnya. padahal semalam tak cukup tido, sebab tu bangun lambat arini. kui2.

malam jumaat hari tu aku gatal sangat pegi bukak novel 'Doktor Cinta' ni. yelah, dah sebulan lebih beli tapi baca tak habis2. baru baca 63 page, punyelah lambat mengalahkan siput! tiba2 semangat pulak nak baca kan, sekali terus layan sampai ke pagi. pukul 5 baru lah susun bantal nak tidur. nasib baik tak lambat pegi ofis taw. kalau tak, naya je. 



hobi baca novel ni dah dapat masa kat asrama dulu2. memang galak duk beli novel habis berpuluh-puluh ringgit. lepas tu siap bertukar-tukar baca dengan member lagi. memang layannnnn sampai ke pagi punye lah kalau dah tersangkut novel kat tangan. aku beli novel ni kat kedai Novel Hut, Ipoh Parade. untuk pengetahuan semua, kedai ni jual buku2 yg 2nd hand tau. dari komik, majalah, buku pelajaran, semua ada kat sini. so sangat seronok lah boleh beli dengan harga murah kan. condition pun boleh tahan. xde lah barai2 terkeluar2 helaian buku tu. mcm novel yg aku beli ni, dapat rm17 je. kalau tak harga sebenar rm26. save lah sikit kan. hee.

ok, nak cerita sikit pasal novel ni. jalan cerita best dah. gaya penulisan pun best. mmg berbaloi lah beli kan. cuma ada lah sikit2 part yang main terus masuk je. sepatutnya ada pemisah dari 1 part ke part yg lain. contohnya, dari monolog dalaman untuk si A kena lah dipisahkan dengan si B kan. kalau tak boleh kelirukan pembaca. -eh ni siapa punya dialog ni- lepas tu, dari 1 adegan nak pergi ke adegan lain pun ada yang main terus masuk je. kalau novel2 alaf 21 biasanya ada tanda macam ni ************** sebelum masuk ke part lain tu. selalu aku beli yang novel2 alaf 21 je. maybe dah terbiasa kot. tapi aku rasa kalau buat mcam tu lagi senang nak baca. ye tak? hehe.

best oh novel ni. kalau tak, takdenye aku sanggup baca sampai pukul 5 pagi kan. hihik. cuma awal2 tu banyak sangat lawak bodohnya. bagi jawapan yang merepek2 je buat bergaduh. LOL. tapi overall, best lah. part yg lawak2 boleh bagi pembaca sengih sorang2 masa baca, ade part yg rasa sweeeeetttt menyentuh jiwa, ade part yg gambarkan manjanya hubungan anak ngan mak bapak, ade part sedih yg menikam2 jiwa danbanyak lagi lah. ade part yg si heroin, Mazliana ni tak dapat nak terima kenyataan parents dye dah takde, aku jugak yang meleleh2 air mata. teringat mak ngan abah kat kampung =(

http://www.emocutez.com


kalau baca novel, mesti kena sepenuh hati. kalau kata mamat hero handsome, boleh bayang lelaki handsome bak putera raja. kalau heroin berdebar bila nampak si hero, boleh bergetar jugak rasa jiwa yang khusyuk membaca ni. bila part sedih,boleh rasa pedih peritnya macam aku sendiri yang kena. rasa pedih je kat pangkal hati ni macam ditusuk sembilu. ecewah! haha. kalau part yg sweet2 tu, memang aku pun ikot rasa nak melonjak-lonjak gembira taw. boleh feel lah perasaan yang berbunga-bunga tu. haih. memang terkesan sangat!