Monday, March 19, 2012

.selamat pengantin baru akak.

romantic eh? ;)
4hb Mac hari tu akak Marul, Kak Shikin melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya, Abang Amin. Well, at first memang aku pun nervous jugak sebab aku akan jumpa family Marul + saudara-mara dye yg terdekat masa kenduri tu nanti. Alhamdulillah, diorang semua layan aku baik gila. *sujud syukur*

tepek bedak bebanyak nak jumpa future in laws. haha

Kami sampai Kamunting dalam pukul 7, Kak Shikin yang ambik. Bila keluar dari kereta, alahai keciknya dye. Padahal sebelum tu dah tanya kat Marul dah, tapi bila tengok dengan mata sendiri, still nak terkejut jugak. Haha. Dari Jumaat malam tu, sampai lah ke hari Ahad(majlis) aku memang busy gila sebab kena ikut Kak Shikin siapkan semua persiapan, teman mekap lah, cari bunga telur, dll. Masa teman dye pergi mekap untuk malam nikah tu, dye cakap suh panggil 'Akak' je sebab biasa orang memang panggil camtu(aku je duk terpanggil kejap 'Akak' kejap 'Kak Shikin' sebab Marul bila sembang ngan aku, dye bahasakan akak dye 'Kak Shikin'). Hihi

comel je pengantin :)
nah tengok dekat sikit
Cantik kan baju Kak Shikin ni? Penuh manik+bunga gitu. Dengar kata seminggu nak siapkan jahit manik+bunga kat baju pengantin ni. Kalau ade sesiapa yang berkenan dengan wedding dress/mekap/pelamin masa wedding Kak Shikin ni, korang boleh la jenguk Casa Pengantin kat FB ya. Nama owner, Kak Ayang n dye sangat baik dan peramah tau. Bila nak mekap dye cucuk brush mekap tu kat rambut, comel je. Hihi.

jejaka idaman? hihik
we're next? doakan ye.. ;)
Oh, merujuk caption gambar aku & si dia, memang kami yang last pun. haha. Masing2 bongsu, tunggu turn lah ni. Ecewah. *gedik tibe2*  Okok. Enuf. Untuk entry kali ni, aku nak promote business kecil-kecilan aku ni. Cuba tengok balik gambar aku kat atas tu. Aku pakai inner bawal sebab muka aku memang tak sesuai nak pakai inner melekap kat dahi tu. Aku suka yang muncung2 gitu. Hihi. 

Inner bawal ni best sebab part yang nak iron tu sikit je, n tak payah nak sembur2 starch bagai. Memang ohsem lah. Jimat masa nak bersiap pergi detim. Ehhhhh? Haha. Ok kalau ada yang berminat nak beli, boleh tengok ada macam2 pilihan warna lagi kat sini. Baru upload ke fb, kat blog Anisa's Corner tak update lagi. Silalah jenguk2 ye. Ada jual tudung bawal 1 tone, 2 tone, 3 tone(gambar tak upload lagi) n inner bawal.