Sunday, April 20, 2014

Wedding Review #1

Alhamdulillah, walaupun macam2 benda jadi before wedding tapi last2 semuanya berjalan lancar. Terima kasih yg tak terhingga kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hihi. 

Boleh kata 90% persiapan kawen buat sendiri sebab mase tu encik hubby keje and takde disisi utk diheret ke sane ke mari. And most of the things memang banyak google je sebab kalau nak terus pegi ke kedai, takde transport. Sobs. Memang pening kepala nak pilih nak ambik baju yg mane, nak ambik bridal mana tu semua so ekceli bagus jugak la bila tgk2 dari fb dulu kan. Mase awal2 dulu cari kat kampung je. Ingatkan senang lah sebab dekat, nanti boleh ambik pakej terus pelamin ape bagai kan. Keluar masuk bridal, yg banyak baju2 design lame yg kebaya sexayy kena pakai inner tu. Tak berminat la pulak. Lepas tu, masuk 1 bridal ni, baju nampak ok la jugak. Boleh la kata lawa, and harga pun mampu lagi la walaupun mahal sikit dari bridal2 yg lain (maybe sebab diorang tau design baju diorang yg latest kot?). Lepas tu, mintak la nak try baju2 tu. Akak tu kata, "Sorry dik, kalau confirm ambik baju/pakej dgn butik ni dulu and bayar deposit baru boleh fitting baju." Takpe lah macam tu kan, aku pun terus je la carik kedai2 lain pulak. Last2, takde satu pun yg aku berkenan dari bridal kat kampung aku. So, memang berharap bridal area KL je lah. 

Entah macam mane, terjumpa lah pulak Weddings Galore kat fb. Kalau tengok kat gambar2 dari previous customer, boleh tahan dah. So weekend tu jugak ajak akak housemate pegi tengook baju. Best gila datang situ. Dah la banyak gila baju lepas tu boleh je try terus tak payah nak deposit ape bagai. Hihi. So, akhirnya aku ambik baju dari bridal ni je. 2 pasang untuk majlis akad nikah and sanding belah perempuan. Ada la angan2 nak ambik pakej, tapi diorang tak provide service sampai ke Sungai Besar, so ambik baju pun jadi lah.

 


Baju melayu untuk Mr. Hubby and songket dress for myself, white+silver. Baju melayu yg hubby pakai pun fresh dari tailor Weddings Galore ni. Puas hati sangat sebab baju alter ikut betul2 size aku yg kecik dan nipis ini. Haha. 




Ekceli aku tak pernah pakai selendang gaya macam aku pakai mase kawen ni. Tapi mak andam aku power dia pakaikan nampak okay pulak. Takde la muka nampak bulat ke ape. Hihi. Belanja extra gambar utk baju yg cantik, mekap yg menawan ini.




Sekian sahaja sharing pasal baju pengantin. Next time kite cite lain pulak k. Thanks to all my beloved friendssss yg datang wedding aku hari tu. Love u guys mucho. Muacks :)

My Personal Review - Kdrama + Movies

Sepanjang cuti sem yg LAMA sangat kat rumah hari tu (lama lah sangat padahal seminggu je), memang takde keje lain la selain dari tengok movies+series. hikhik. Terima kasih banyak mereka2 yg share kat DC++ tu ye. Download la lagi, share la banyak2. miahaha. Habis je paper memang terus download bersungguh2 cerita2 untuk bekalan waktu cuti. Ok meh kita cite satu-satu.


No1 - Yes Or No

Sebab main klik je, x google dulu pasal synopsis cerita, secara tak sengaja TERdownload movie Thailand. Bukan nak racist ke apa, tak kisah kalau cerita Thailand ni sebab drama dorang pun pelakon boleh tahan handsome, cuma yg malangnya kat sini cerita yg aku download tu rupanya pasal cinta lesbian. Ohwai. Walaupun ada 1 or 2 je scene kissing tapi sangat sangat sangat sangat lah gross ok. >.< Awal-awal tu tunjuk yg perempuan tu(namanya Pie) sangat tak suka dgn tomboy, lepas tu pindah bilik baru dapat roommate yg style mcm tomboy(namanya Kim). Pakai jeans n kemeja/tshirt sepanjang masa. dgn gaya rambut pon ala-ala style kpop lg. Mmg nampak mcm tomboy, tp dye kata dye bukan tomboy. Masak pandai, mengemas pandai so memang aku ASSUME dye bukan tomboy la. Dah makin lama makin rapat pulak, lepas tu dah pandai nak jealous2, aku dah rasa lain je. HAHA. Lepas tu last2 dorang bersatu walaupun family yg perempuan tu halang mula2. Apa punya cerita lah.
   

No 2 - The Smurfs
Next, cerita The Smurfs. Sebab utama tengok cite ni, sebab ada Barney Stinson!!! kihkihkih. Tapi sebab tengok video HD, dye nampak tua pulak. Jelas sangat kerutan dahi pe semua. Dalam HIMYM jugak yang buat dye nampak awesome. Ok berbalik kepada cerita ni, ok la dorang memang cute. Lepas tu semua ayat kalau boleh nak di'smurf'kan. Tapi ok jugak lah kan guna smurf daripada mencarut. hehe. Tapi bila tengok cerita ni, rasa macam bosan pulak jalan ceritanya. Takde apa yg menarik sangat so cerita ni memang skip2 je tengok. 

No 3 - Thor
Time semua sibuk2 pasal Avengers, aku baru terhegeh-hegeh nak tengok cerita Thor. Nasib baik ada orang share kan. hee. Ada orang suggest tengok Thor ni sebab main actor dye handsome. Bila tengok, hihi, memang handsome pun. Cairrrr tengok anak mata yang biru2 hijau gitu. Tapi cerita ni awesome bukan bergantung paras rupa yg kacak serta badan yg berketak-ketak si Chris Hemsworth bukan sebab tu je ye, tapi sebab jalan cerita n sentuhan director la. Ecewah tiba2 puji director kan. Tapi memang berbaloi untuk ditonton lah cerita ni. Tak payah nak selit scene tanggal-tanggal baju pon boleh buat cerita jadi hit. Macam ni baru betul, ye dakk.. Masa mula-mula tengok, rasa Thor ni belagak nak mampus je. Geram betul dengan perangai yg berlagak+degil tu. Dah turun ke bumi berubah dah sebab dye rasa bersalah kat bapak dye. Jadi baik, kacak, handsome dan kuat! Rasa macam pendek sangat pulak cerita ni sebab tiba2 dah habis pulak kan. Tak ada rasa nak skip pun scene-scene dalam cerita ni. Memang THORbaikkkk!!!


Sambung dengan drama korea pulak. Sebab 1 drama ada banyak episod, so try download 1st episode. Kalau OK, baru download complete 1 cerita. Cerita ni memang banyak lah yg merepek sebab tajuk pun dah merepek kan. Ada kaitan la dengan mitos untuk orang Korea agaknya. Tapi bila sebut nine-tailed fox ni memang aku terbayang Naruto je mula2 tu. ekeke. Cerita ni sangat comel n klaka. Lagu tema pun comel je. Dari awal perempuan tu suka kat laki tu, nampak mcm despo je. Tapi sebab dye comel, lama2 rasa kesian pulak bila cinta yg x berbalas tu kan. Nasib baik laki tu suka dye balik. Mestilah kan, kalau tak x boleh lah jadi hero n heroin cite kalau x bercinta. LOL. Cuma dah nak dekat ending cerita, dah boleh agak dah endingnya macam mana. Padahal masa pertengahan cerita tu sangat tension dgn yg pegang watak jahat pe sume tu. Siapa la yg reka watak macam tu. >.< Tapi kan, kalau la betul memang ada benda2 gini yg separuh manusia separuh tak, n boleh hidup beratus2 tahun, memang seram jugak la. haha. 


***lama post ni terperap kat draft. Heheh