Sunday, April 20, 2014

Wedding Review #1

Alhamdulillah, walaupun macam2 benda jadi before wedding tapi last2 semuanya berjalan lancar. Terima kasih yg tak terhingga kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hihi. 

Boleh kata 90% persiapan kawen buat sendiri sebab mase tu encik hubby keje and takde disisi utk diheret ke sane ke mari. And most of the things memang banyak google je sebab kalau nak terus pegi ke kedai, takde transport. Sobs. Memang pening kepala nak pilih nak ambik baju yg mane, nak ambik bridal mana tu semua so ekceli bagus jugak la bila tgk2 dari fb dulu kan. Mase awal2 dulu cari kat kampung je. Ingatkan senang lah sebab dekat, nanti boleh ambik pakej terus pelamin ape bagai kan. Keluar masuk bridal, yg banyak baju2 design lame yg kebaya sexayy kena pakai inner tu. Tak berminat la pulak. Lepas tu, masuk 1 bridal ni, baju nampak ok la jugak. Boleh la kata lawa, and harga pun mampu lagi la walaupun mahal sikit dari bridal2 yg lain (maybe sebab diorang tau design baju diorang yg latest kot?). Lepas tu, mintak la nak try baju2 tu. Akak tu kata, "Sorry dik, kalau confirm ambik baju/pakej dgn butik ni dulu and bayar deposit baru boleh fitting baju." Takpe lah macam tu kan, aku pun terus je la carik kedai2 lain pulak. Last2, takde satu pun yg aku berkenan dari bridal kat kampung aku. So, memang berharap bridal area KL je lah. 

Entah macam mane, terjumpa lah pulak Weddings Galore kat fb. Kalau tengok kat gambar2 dari previous customer, boleh tahan dah. So weekend tu jugak ajak akak housemate pegi tengook baju. Best gila datang situ. Dah la banyak gila baju lepas tu boleh je try terus tak payah nak deposit ape bagai. Hihi. So, akhirnya aku ambik baju dari bridal ni je. 2 pasang untuk majlis akad nikah and sanding belah perempuan. Ada la angan2 nak ambik pakej, tapi diorang tak provide service sampai ke Sungai Besar, so ambik baju pun jadi lah.

 


Baju melayu untuk Mr. Hubby and songket dress for myself, white+silver. Baju melayu yg hubby pakai pun fresh dari tailor Weddings Galore ni. Puas hati sangat sebab baju alter ikut betul2 size aku yg kecik dan nipis ini. Haha. 




Ekceli aku tak pernah pakai selendang gaya macam aku pakai mase kawen ni. Tapi mak andam aku power dia pakaikan nampak okay pulak. Takde la muka nampak bulat ke ape. Hihi. Belanja extra gambar utk baju yg cantik, mekap yg menawan ini.




Sekian sahaja sharing pasal baju pengantin. Next time kite cite lain pulak k. Thanks to all my beloved friendssss yg datang wedding aku hari tu. Love u guys mucho. Muacks :)

No comments:

Post a Comment